Allah swt tidak hanya mengetahui masalah kita, tidak hanya mengetahui jalan keluar masalah kita, namun Allah Maha Mengetahui berbagai keperluan kita.
Allah yang memerintahkan untuk berdoa kepada-Nya dan Allah berjanji untuk memenuhi doa kita. Bahkan pada ayat yang disebutkan terakhir, Allah mengiringi perintah berdoa dengan petunjuk untuk berhati-hati daripada kesombongan. Orang yang tidak mahu berdoa adalah orang yang sombong. Sedangkan kesombongan adalah awal dari malapetaka yang besar.
Mari lebih gigih untuk berdoa kepada Allah. Iringi setiap kesungguhan ikhtiar kita dengan doa yang sungguh-sungguh pula kepada Allah swt. Tiada satu pun kejadian yang akan terjadi kecuali hanya atas kehendak-Nya.
(via contengankanvas)
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,
“Allah telah menetapkan takdir semua makhluk sejak 50,000 tahun sebelum Dia menciptakan langit & bumi“ (HR.Muslim)Setiap manusia yg lahir kat atas dunia ni, semuanya dah tertulis rezekinya di Luh Mahfuz sejak bertahun lamanya. & kita wajib beriman & percaya bahawa, sebaik-baik perancangan itu ialah perancangan Allah s.w.t. & sejak kita berusia 4 bulan didalam kandungan ibu, dh siap dh semua dokumen tentang hidup, ajal, jodoh & rezeki kita dari kita lahir sampai kita mati kelak. Semua dah siap. Sebelum lahir lagi dah siap.
Allah Maha Adil.
Tak mungkin satu manusia pun, rezekinya kurang atau lebih dari manusia yg lain.
Semua sama.Tapi knp bila lahir ke dunia, kita tgk ada org miskin, ada org kaya.
Ada yg sihat, ada yg sakit. Ada yg anak ramai, ada yg takde anak.
Ada yg gaji juta-juta. Ada yg kais pagi kais petang tak makan-makan.ini jawapannya,
Krn ujian Allah terhadap manusia itu berbeza-beza.Dan rezeki dtg pun dlm bentuk yg berbeza-beza.
Ada yg kaya, tapi takde anak. Byk duit, tapi sunyi. Duit lebih,
Ada yg miskin, tapi anak ramai. Hidup penuh & kaya dgn doa anak-anak. & insyaAllah lancar perjalanan ke Jannah nanti.
“Bayangkan setiap manusia tu ada rezeki dh tertulis utknya. & manusia itu duduk dgn kita.
Dlm rumah kita. Pasti kita jugak dpt merasa tempias rahmat rezekinya itu. Jadi knp takut nk beranak ramai?
Sepertimana sabda Rasulullah s.a.w.,
“Berusahalah untuk memperbanyak keturunan, krn kamu tidak tahu dari anak yg mana kamu mendapatkan rezeki.”Maka yakinlah dgn rezeki masing-masing.
Jgn tgk org yg kurang itu kurang. Dan yg lebih itu lebih.
Ada benda yg dia ada, kita takde. Dan ada benda yg dia takde, kita ada.
Itu pasti.Jika kita kaya, jgn lupa.
Dlm kekayaan kita itu, ada rezeki org lain.
Allah uji manusia ni dlm dua keadaan. Kesenangan mahupon kesusahan.
Ujian dlm kesenangan biasanya lebih susah krn manusia mudah terbuai & lupa.
Kan?Jom sama-sama renung-renungkan. Contohi peribadi mulia pemimpin teragung dunia & akhirat, Rasullullah s.a.w.
Wallahhu Ta'ala A'lam
#thedaiegraphy #dakwahmudah #abuhanifah #hakhada #usrahsantai #muhasabah #rezeki #ramadhan
Iamm
(via pelangi-senja)
Jika betul ajal kita sampai sekejap lagi,
Cuba fikir saat ni,Berapa banyak hati yang kita dah sakitkan?
Berapa banyak kata² yang kita dah keluarkan hingga buat seseorang rasa teraniaya?Adakah Allah redha dgn saat terakhir kita atas muka bumi ni?
Jaga hubungan dgn Allah,
Jaga hubungan sesama manusia.Kadangkala,
Kita masuk syurga bukan sbb ibadah kita,
Tapi kerana rahmat Allah, kerana doa org yg baik utk kita.Kita takkan pernah tahu.
(via badrulhazam)
An-Nur: 26
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ ۖ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ ۚ أُولَٰئِكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ ۖ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
Mudah, kan.
Jadi orang baik,
Untuk dapatkan yang baik.Bukan hanya meminta yang baik,
Tanpa ada usaha untuk menjadi yang terbaik.Terima kasih Mak Aji,
Atas nasihat yang sangat memujuk hati.
(via cikgumuda)
Percayalah,
Apa yang Allah simpan untuk masa depan kita adalah yang paling paling palingggg terbaik! :)
(via purpleandme)
Apa yang Allah takdirkan itu baik belaka.
Sabar duhai hati.
(via badrulhazam)
#salammaghrib #repost